Saturday 27 October 2012

Bahasa Melayu Pembelajaran Kontekstual

Pengenalan


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insane yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yabg berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanjgungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu merangkumi tiga bidang penggunaan bahasa iaitu bidang interpersonal, bidang maklumat, dan bidang estetik. Bidang Interpersonal membolehkan murid memulakan, membina dan memngekalkan hubungan dengan rakan rapat atau dengan orang lain melalui perkonsian idea semasa berinteraksi sosial dan berurus bagi tujuan komersial. Penggunaan bahasa melalui bidang maklumat membolehkan pelajar memperoleh dan menyampaikan maklumat serta ilmu kepada pihak tertentu. 

Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat meransangkan minat pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar.  Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi memeransangkan pelajar belajar secara aktif, ia juga harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna.

Pembelajaran Kontekstual

Pembelajaran kontekstual (Contextual Teaching and Learning) adalah konsep belajar yang membantu guru mengaitkan antara materi yang diajarkannya dengan situasi dunia nyata siswa dan mendorong siswa membuat hubungan antara pengetahuan yang dimilikinya dengan penerapannya dalam kehidupan mereka sehari-hari, dengan melibatkan tujuh komponen utama pembelajaran efektif, yakni: konstruktivisme (Constructivism), bertanya (Questioning), menemukan ( Inquiri), masyarakat belajar (Learning Community), pemodelan (Modeling), dan penilaian sebenarnya (Authentic Assessment).

Secara hakiki model pembelajaran kontekstual atau Contextual Teaching and Learning adalah merupakan suatu proses pendidikan yang holistik dan bertujuan memotivasi siswa untuk memahami makna materi pelajaran yang dipelajarinya dengan mengkaitkan materi tersebut dengan konteks kehidupan mereka sehari-hari (konteks pribadi, sosial, dan kultural) sehingga siswa memiliki pengetahuan atau  keterampilan yang secara fleksibel dapat diterapkan (ditransfer) dari satu permasalahan dan konteks ke permasalahan dan konteks lainnya. Ia juga merupakan konsep belajar yang membantu guru mengkaitkan antara materi yang diajarkannya dengan situasi dunia nyata dan mendorong pebelajar membuat hubungan antara materi yang diajarkannya dengan penerapannya dalam kehidupan mereka sebagai anggota keluarga dan masyarakat.

Perlu kita ketengahkan pula bagaimana perbezaan model pembelajaran kontekstual dengan model pembelajaran tradisional. Kalau model pembelajaran kontekstual penekanan pembelajarannya lebih kepada menyandarkan pada pemahaman makna, pemilihan informasi berdasarkan kebutuhan pelajar, pelajar terlibat secara aktif dalam proses pembelajaran, pembelajaran dikaitkan dengan kehidupan nyata atau masalah yang disimulasikan, selalu mengkaitkan informasi dengan pengetahuan yang telah dimiliki pelajar, cenderung mengintegrasikan beberapa bidang, pelajar menggunakan waktu belajarnya untuk menemukan, menggali, berdiskusi, berpikir kritis, atau mengerjakan proyek dan pemecahan masalah (melalui kerja kelompok),  perilaku dibangun atas kesadaran diri, keterampilan dikembangkan atas dasar pemahaman, hadiah dari perilaku baik adalah kepuasan diri. yang bersifat subyektif, pelajar tidak melakukan hal yang buruk karena sadar hal tersebut merugikan, perilaku baik berdasarkan motivasi intrinsik, pembelajaran terjadi di berbagai tempat, konteks dan setting, hasil belajar diukur melalui penerapan penilaian autentik.

Demikian pula kalau kita mengetengahkan model pembelajaran tradisional, maka ada beberapa penekanan, diantaranya menyandarkan pada hapalan, pemilihan informasi lebih banyak ditentukan oleh guru, pelajar secara pasif menerima informasi, khususnya dari guru, pembelajaran sangat abstrak dan teoritis, tidak bersandar pada realitas kehidupan, memberikan tumpukan informasi kepada siswa sampai saatnya diperlukan, cenderung terfokus pada satu bidang (disiplin) tertentu, waktu belajar siswa sebagian besar dipergunakan untuk mengerjakan buku tugas, mendengar ceramah, dan mengisi latihan (kerja individual), perilaku dibangun atas kebiasaan, keterampilan dikembangkan atas dasar latihan, hadiah dari perilaku baik adalah pujian atau nilai rapor, pelajar tidak melakukan sesuatu yang buruk karena takut akan hukuman, perilaku baik berdasarkan motivasi entrinsik, pembelajaran terjadi hanya terjadi di dalam ruangan kelas, dan hasil belajar diukur melalui kegiatan akademik dalam bentuk ujian.

Perbedaan dari model pembelajaran kontelstual dengan model pembelajaran tradisional sama banyaknya, akan tetapi kalau kita kaitkan dengan pembelajaran yang berorientasi kepada aktivitas, kreativitas, suasana menyenangkan, dan pembelajaran siswa aktif, maka tentunya model pembelajaran kontekstuallah yang paling tepat digunakan. Pembelajaran model tradisional tidak mungkin kita hilangkan dari suatu proses pembelajaran, karena untuk menyatukan persepsi dan penjelasan masalah yang akan dikerjakan oleh siswa, tentulah model tradisional misalnya model ceramah awal dahulu dilakukan. Dengan model ini siswa dapat memahami dan mengetahui konsep dan masalah yang akan dilakukan, dan tentunya waktu yang digunakan tidak lebih dari 20 menit. Kemudian barulah model pembelajaran kontekstual dilakukan oleh siswa di lapangan, karena hakikinya pembelajaran kontekstual lebih banyak dilakukan di luar kelas.

Proses Pembelajaran Kontekstual

Dalam proses pembelajaan kontekstual, murid akan melalui ciri-ciri pembelajaran kontekstual seperti di bawah :
Rajah 1 : Proses “REACT” dalam pembelajaran secara kontekstual.

Kaedah Pengajaran secara kontekstual menurut Hull D.(1997) mempunyai ciri-ciri yang perlu dilaksanakan agar pengajaran lebih berkesan. Ciri yang pertama ialah guru menghubungkaitkan pengajaran dalam konteks pengalaman hidup. Guru perlu membantu pelajar memahami tujuan mempelajari sesuatu tajuk dan menghubungkaitkan pengetahuan baru dan pra-pengetahuan pelajar. Menurut Wan Absah bte Wan Kadir (1997) perkara ini akan membolehkan pelajar mendapat gambaran yang jelas tentang perkaitan apa yang dipelajari dengan penggunaan harian dan pelajar mengetahui penggunaan ilmu dalam bidang pekerjaan serta memberi pendedahan kepada pelajar tentang profil pekerjaan.

Ciri yang kedua ialah pengalaman. Dalam pengajaran, guru memberi pendedahan, penemuan dan penciptaan kepada pelajar. Guru dikehendaki melibatkan pelajar secara aktif dalam membuat ujikaji dan menemui idea dan fakta. Ini akan menjadikan pelajar dapat melibatkan diri dengan ujikaji secara menyeluruh dan membentangkan hasil kerja mereka dengan lebih yakin. Dengan itu, pelajar telah memperoleh pengalaman yang berguna dalam pembelajaran di kelas (Wan Absah Wan Kadir,1997).

Ciri yang ketiga dalam pengajaran secara kontekstual ialah aplikasi. Dalam hal ini, guru menyalurkan sesuatu pengajaran kepada pelajar dan pelajar boleh menggunakan maklumat yang ada untuk menyelesaikan masalah yang mungkin dihadapi dalam alam pekerjaan pada masa akan datang. Semasa pengajaran dijalankan, para pelajar didedahkan dengan aktivitaktivit yang membolehkan mereka mengaplikasikan aktiviti dalam kelas dengan aktiviti di luar. Menurut Hungate (1982), ciri-ciri aplikasi dalam pengajaran telah dapat meningkatkan kemahiran pelajar dalam satu-satu mata pelajaran yang diajar. Ciri yang keempat pula ialah bekerjasama iaitu pengajaran dalam konteks berkongsi dan berkomunikasi antara satu sama lain. Guru memainkan tugas penting dalam mewujudkan sikap bekerjasama yang baik dalam pengajaran dan menjadikan proses pengajaran lebih aktif dengan mempelbagaikan aktiviti yang melibatkan pelajar (Pedrotti L. S.,1997). Kesannya, membolehkan individu mengenalpasti minat dan keperluan pembelajaran yang unik, perbezaan individu dan pelajar lebih memahami aspirasi kumpulan.

Ciri yang kelima ialah pemindahan pembelajaran iaitu pengajaran dalam konteks penyaluran pengetahuan oleh guru. Guru akan menyalurkan pengetahuan mereka melalui kaedah kaedah yang disarankan dalam kaedah pengajaran secara kontekstual dengan cara timbal balik. Guru akan membimbing pelajar menemui pengetahuan baru melalui penerokaan, pengujian dan mencari jawapan. Kesemua ciri ini dapat dilaksanakan dengan bantuan penggunaan media pengajaran yang berkesan (Hull D., 1997). Pemindahan ini juga akan menyebabkan pelajar lebih mudah membuka peluang sedia ada mereka melalui pelbagai situasi pembelajaran.

Langkah Pembelajaran Kontekstual

Dalam kelas kontektual, tugas guru adalah membantu siswa mencapai tujuannya. Maksudnya, guru lebih banyak berurusan dengan strategi daripada memberi informasi. Tugas guru mengelola kelas sebagai sebuah tim yang bekerja bersama untuk menemukan sesuatu yang baru bagi anggota kelas (siswa). Sesuatu yang baru datang dari menemukan sendiri bukan dari apa kata guru.Begitulah peran guru di kelas yang dikelola dengan pendekatan kontekstual. Dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran kontekstual dapat memberikan kesan yang positif kepada pelajar, terdapat beberapa peringkat pembelajaran yang perlu dilakukan dan dilaksanakan oleh guru dalam memastikan setiap matlamat dan objektif yang ingin dicapai dalam sesuatu aspek pembelajaran akan dapat direalisasikan. Antaranya adalah seperti mana yang dapat dilihat dalam rajah di bawah:-

Rajah 2 : Proses Pembelajaran Secara Kontekstual

Peringkat Pertama

Pada peringkat ini, kebanyakan murid akan mengalami proses pembelajaran yang berkesan melalui pengalaman penglibatan peribadi, aktiviti hands-on dan peluan untuk mencari identiti sendiri. Oleh yang demikian, adalah perlu untuk setiap guru membantu pelajar menjadi dan mengenal pasti identiti mereka menerusi pengalaman pembelajaran yang lebih efektif di dalam bilik darjah.

Peringkat Kedua

Peringkat atau proses kedua yang perlu dilakukan oleh guru dalam memastikan pembelajaran secara kontekstual ini mampu memberikan impak yang positif kepada pelajar adalah membentuk hubungan yang baik di antara guru dan pelajar dengan meningkatkan kemahiran komunikasi guru. Heenich dan rakan-rakannya (2002) menyatakan bahawa proses pembelajaran yang berkesan perlu melibatkan pelajar secara aktif dalam setiap aktiviti yang dijalankan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakn bahawa kejayaan guru dalam mencapai setiap matlamat dan objektif pembelajaran akan dapat direalisasikan sekiranya pelajar dalam melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun, keadaan ini hanya akan dapat dicapai sekiranya guru mampu menarik minat dan kecenderungan pelajar menerusi kemahiran berkomunikasi yang dimiliki.

Peringkat Ketiga

Perkara yang ketiga yang perlu dilaksanakan oleh guru dalam usaha untuk memastikan setiap aktiviti pembelajaran kontekstual dapat mencapai matlamat dan objektifnya adalah meneliti kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan topik pembelajaran. Kebanyakan murid belajar dengan lebih berkesan melalui komunikasi interpersonal, belajar dalam kumpulan, berkongsi maklumat, saling membantu dan maklum balas yang positif. Ini bermakna bahawa proses pembelajaran akan lebih berkesan sekiranya pelajar dalam berkomunikasi di antara mereka yang akhirnya mampu untuk membentuk kemahiran berkomunikasi dan kemahiran bersosial di kalangan pelajar.

Peringkat Keempat

Proses terakhir yang boleh dijalankan oleh guru adalah memindahkan segala maklumat, data dan pengetahuan kepada pelajar menerusi kaedah pengajaran yang telah dipilih. Ini bermakna bahawa guru perlu mempunyai kemahiran dalam memindahkan aspek pembelajaran kepada guru dengan kaedah dan cara yang paling berkesan.

Perisian Kursus Bersifat Interaktif

Perisian kursus bersifatkan interaktif lebih kepada pengaplikasian teknologi maklumat dalam pembelajaran. Komputer adalah alat elektronik yang kompleks dan mempunyai banyak kelebihan. Ia sesuai untuk dijadikan alat bagi membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia berkemampuan menerima dan memproses data. Komputer juga membantu pengajar mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang berkesan jika digunakan dengan sistematik. Pengajaran yang disertakan dengan alat bantu mengajar terkini akan dapat menambah minat pelajar mempelajari sesuatu bidang pelajaran. Di samping itu, jika komputer dapat digunakan secara sistematik dan berkesan oleh guru, ia mampu menyelesaikan sebarang masalah pengajaran dan pembelajaran. Ini selaras dengan pandangan Heinich (1996) yang menyatakan bahawa komputer dapat memperkayakan teknik pengajaran. Menurut Merrill (1986) pula, komputer adalah mesin memproses maklumat yang perlu diberikan arahan oleh penggunanya. Arahan ini boleh disampaikan menerusi peralatan input seperti papan kekunci, pengimbas (scanner), kad, joystick, tetikus, pad grafik dan unit pemprosesan pusat (CPU).

Heinich (1996) menyatakan komputer berkemampuan mengawal dan mengurus bahan pengajaran yang banyak. Kemampuan komputer berinteraksi dengan pengguna membolehkan pengajar-pengajar menerapkan pengajaran dan pembelajaran secara lebih mudah serta menarik. Bitter (1989) pula menyatakan komputer boleh bekerja pantas serta beroperasi 24 jam tanpa berhenti dan maklumat yang dikeluarkannya dengan tepat. Penggunaan komputer ini ada hubungkaitnya dengan teknologi maklumat dan komunikasi yang kini diaplikasikan dalam sistem pendidikan negara. Ini adalah kerana komputer dijadikan sebagai pangkalan data, dapat memberikan maklumat yang dicari atau diminta oleh orang ramai. Perlaksanaan konsep Sekolah Bestari iaitu salah satu contoh aplikasi perdana dalam Koridor Raya Multimedia adalah usaha kerajaan yang berterusan bagi membentuk generasi baru yang mempunyai daya saing dalam era teknologi maklumat dan komunikasi.

Satu perkembangan yang amat ketara dalam dunia masa kini ialah berlakunya ledakan teknologi maklumat. Dengan adanya kemajuan dalam telekomunikasi, komputer yang dihubungkan dengan jaringan internet telah membolehkan banyak maklumat diperolehi dengan cepat. Inovasi dalam teknologi maklumat ini dapat menyebarkan segala maklumat kepada pelbagai lapisan masyarakat (Nik Azis, 1996). Menyedari hakikat ini, kerajaan Malaysia telah mengambil inisiatif untuk terus memperkembangkan teknologi komunikasi dan maklumat ini dengan menubuhkan Koridor Raya Multimedia (MSC). Tujuh aplikasi utama dalam MSC terdiri daripada kerajaan elektronik, tele-perubatan, sekolah bestari, kad pintar, pemasaran tanpa sempadan, kelompok penyelidikan dan pembangunan dan jaringan perusahaan sedunia. Ketujuh-tujuh aplikasi ini mewujudkan telekomunikasi global berkeupayaan tinggi yang membawa Malaysia kea rah negara maju dan makmur (MDC, 2000). Sejajar dengan teknologi ICT juga, kerajaan telah menubuhkan sekolah bestari yang telah memperlihatkan kesungguhan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mentransformasikan pendidikan agar bangsa Malaysia abad ke-21 ini bukan sahaja menguasai teknologi maklumat malah berupaya merealisasikan Wawasan 2020.

Transformasi ini telah mengubah anjakan paradikma pengajar dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam pendidkan negara khususnya dalam meningkatkan minat pelajar, meningkatkan kreativiti dan pengetahuan pelajar melalui penggunaan teknologi multimedia dan jaringan seluruh dunia. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia melihat ICT sebagai suatu alat untuk merevolusikan pembelajaran, memperkayakan kurikulum, memperkembangkan pedagogi, menstrukturkan organisasi sekolah dengan lebih berkesan, melahirkan hubungan yang lebih kuat di antara sekolah-sekolah dan masyarakat, dan meningkatkan penguasaan pelajar. Konsep ICT dalam pendidikan dari kaca mata KPM merangkumi 3 polisi utama:

* ICT untuk semua pelajar, bermaksud bahawa ICT digunakan sebagai sesuatu yang boleh mengurangkan jurang digital antara sekolah.

* Fungsi dan peranan ICT di dalam pendidikan adalah sebagai suatu alat pengajaran dan pembelajaran, sebagai sebahagian daripada subjek tersebut, dan sebagai sesuatu subjek tersendiri.

* Menggunakan ICT untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanan sesuatu sistem pengurusan

Selain daripada bidang pendidikan, perkembangan persekitaran global telah memberi kesan besar kepada usaha membangunkan Malaysia sebagai sebuah ekonomi berasaskan pengetahuan yang berdaya saing. Memandangkan ICT merupakan penentu utama dalam proses pembangunan bagi meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai, usaha akan dipergiat untuk mengarusperdanakan akses kepada perkhidmatan dan kemudahan ICT secara meluas serta menggalakkan penerimaan dan penggunaan ICT secara menyeluruh dalam semua aspek kehidupan.

Kesimpulan

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran khususnya yang berkaitan dengan peningkatan pelbagai kemahiran dan pengetahuan pelajar akan dapat memberikan banyak manfaat kepada elajar sekiranya teknik dan strategi serta kemudahan yang digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran sesuai dan selaras dengan keperluan dan tahap perkembangan kognitif pelajar. Guru perlu bijak dalam memanfaatkan kemajuan teknologi semasa untuk lebih cepat membantu pelajar meningkatkan kesemua empat kemahiran yang perlu dimiliki dalam usaha untuk membantu pelajar untuk membentuk masa depan yang lebih cerah dan berjaya.


Bibliografi

Ang Huat Bin, (1999). Konsep dan Kaedah Pengajaran Dengan Pendekatan Pendidikan Inklusif, Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur

Evans, J.M & Brueckner, M.M. (1990). Elementary Social Studies Teaching For Today And Tomorrow (Pengajaran Pengajian Sosial Asas Untuk Kini Dan Kemudian Hari), Massachussets, Allyn and Bacon

Gagne, R. M. (1985). The Conditions of Learning and Theory of Instruction, 4th ed. (Kondisi Pembelajaran dan Teori Pengajaran, Edisi Keempat), CBS Colledge Publishing, New York

Raminah Sabran & Rahim Syam, (1985), Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia, Fajar Bakti, Petaling Jaya

Sharifah Alwiah Alsagoff. (1983). Ilmu Pendidikan Pedagogi, Kuala Lumpur 

Susanna Clare Philips. (1999). Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Murid-Murid Bermasalah Pembelajaran Dalam Program Inklusif, Jurnal Akademik, Maktab Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur

Teuku Iskandar. (1986). Kamus Dewan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Yaxley. B. G. (1991). Developing Teachers’ Theories of Teaching, Falmer Press, London

Zainora Binti Mohd @ Man. (2005). Meningkatkan Kemahiran Membaca Murid Tahun 5 Melalui Latih Tubi Bacaan Menggunakan Kad Suku Kata, Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan, Jurnal IPBA, Kuala Lumpur

Pendidikan BM Strategi Pembelajaran Berbantukan ICT

Pendidikan BM Strategi Pembelajaran Berbantukan ICT